1. Menurut teori kinetik gas, zarah-zarah gas sentiasa bergerak bebas dan berlanggar dengan dinding bekasnya. Namanya pun teori, jadi memang tak nampak gas tu bergerak.
2. Oleh sebab dah kerap sangat berlanggar, maka ini akan menghasilkan satu daya tolakan pada dinding bekas tersebut.
3. Daya tolakan ni kita sebut sebagai tekanan udara.
4. Tekanan udara ialah daya per unit luas yang dihasilkan oleh zarah udara.
5. Tekanan udara turut bertambah sekiranya bilangan perlanggaran antara zarah-zarah udara dengan dinding bekasnya meningkat.
6. Cuba aktiviti dalam gambarajah di atas. Boleh jadi 'magic' tu.

No comments:
Post a Comment