Tuesday 29 May 2012

Tekanan udara

1. Menurut teori kinetik gas, zarah-zarah gas sentiasa bergerak bebas dan berlanggar dengan dinding bekasnya. Namanya pun teori, jadi memang tak nampak gas tu bergerak.
2. Oleh sebab dah kerap sangat berlanggar, maka ini akan menghasilkan satu daya tolakan pada dinding bekas tersebut.
3. Daya tolakan ni kita sebut sebagai tekanan udara.
4. Tekanan udara ialah daya per unit luas yang dihasilkan oleh zarah udara.
5. Tekanan udara turut bertambah sekiranya bilangan perlanggaran antara zarah-zarah udara dengan dinding bekasnya meningkat.
6. Cuba aktiviti dalam gambarajah di atas. Boleh jadi 'magic' tu.

Sunday 27 May 2012

Tentang cacing

Artikel yang baik untuk dikongsikan bersama...
Perlukah Ubat Cacing untuk Anak? | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis

Sains PMR dapat A

Tips berikut biasa saja pun...

1. Kena hadir sekolah dan semua kelas yang ada.
2. Kena faham apa yang di ajar. Tak faham kenalah tanya. Ingat...FAHAM!
3. Baca nota dulu baru jawab/ cari soalan dulu baru cari notanya...Bagi saya cara kedua best sebab dah tahu apa nak cari.
4. Mesti tahu format peperiksaan. InsyaAllah akan datang kita bincang.
5. Sabar kalau tak faham. Maksudnya usaha lagi. Bukan sabar tak nak belajar lagi dengan alasan SABAR...
6. Kenali guru sains anda. Penting juga ni supaya tahu cara cikgu ni. Setiap cikgu ada cara tersendiri.
7. Cintailah sekolah anda.
8. Belajar di mana-mana saja. Maknanya bawa buku sains di mana-mana ja pun...
9. Ajar siapa saja apa yang kita tahu.
10. Jadikan cadangan sebagai perbuatan. Cadang saja tak jadi, kena buat.

Saturday 26 May 2012

Lihat dengan iman 1

"Dan (telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukannya. Dan adalah Allah Mahakuasa atas segala sesuatu" (TQS Al-Fath: 21).


1. Bisyarah adalah sebuah kabar gembira yang Allah turunkan kepada hamba-Nya, baik melalui Al-Qur'an ataupun melalui ucapan Rasulullah saw.

2. Bisyarah adalah lambang janji Allah dan menjadi motivasi bagi kaum muslim selama berabad-abad lamanya.

3. Pada saat menjelang Perang Khandak, seorang sahabat Nabi dari Parsi yang namanya Salman Al-Farisi mengusulkan membuat parit yang mengelilingi kota demi melindungi Madinah dari serangan musuh.

4. Usulan ini diterima Rasul.

5. Parit dibuat sepanjang 8 km dengan lebar 5 m dan dalamnya 3 m.

6. Tapi ada masalah, sebab ada satu batu besar yang keras.

7. Rasulullah turun untuk menghancurkan batu itu dan menghentamnya sebanyak 3 kali.

8. Setiap hentaman keluar percikan api hasil geseran pemukul dan batu.

9. Beliau bersabda:" Sinar pertama, dengannya Allah akan menaklukkan Yaman untukku. Sinar kedua, dengannya Allah akan menaklukkan Syam dan negeri (sebelah barat) untukku. Sinar ketiga, dengannya Allah akan menaklukkan negeri (sebelah timur) untukku." (Sirah nabawiyah ibnu hisyam)

10. Apakah yang berlaku setelah itu?Apakah sikap sahabat dalam keadaan genting itu?

Wednesday 23 May 2012

Ingat mengingat sesama kita

Jika hendak hidup beriman
Serta mulia di sisi Tuhan
Marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman

Wajiblah kita menjaga diri
Cabaran hidup banyak sekali
Janganlah kita lupakan diri
Hidup ini menuju mati

Bila melihat mungkar yang nyata
Maka janganlah hanya mengata
Tapi bangkitlah menabur jasa
Membimbing umat jadi pelita

Umat Islam perlu didakwah
Nasihat baik serta berhikmah
Dengan semangat serta ukhuwah
Hubungan kita tambah meriah

Tuesday 22 May 2012

Untukmu?

Disaat dirimu di bulan menjadi angkasawan, Disaat dirimu di bilik pembedahan menjadi doktor perubatan, Disaat dirimu di bangunan tinggi menjadi jurutera pembinaan, Kami tetap di sini mendidik mereka yang akan mencipta sejarah pada depan...

salam ukhwah

terima kasih kepada cikgu azlan kerana menjemput saya sebagai salah seorang penulismdi blog ilmucikgu....

Sharing is caring

Assalamu'alaikum,

Blog ini merupakan kerjasama rakan-rakan guru pelbagai subjek. Moga menjadi alternatif kepada pelajar dalam menuntut ilmu dalam dunia yang penuh cabaran ini. Kami berharap, blog ini memberikan banyak manfaat kepada penulis dan juga pembaca sekalian...